Ahad, November 20, 2011

Sekali lagi...

Sekali lagi kami akan ditinggalkan. Ditinggalkan oleh insan yang paling disayang. Keputusannya untuk berpindah membuatkan seluruh warga SKR merasa sedih. Namun pemergiannya harus diberi sokongan kerana beliau perlu menjalankan tanggungjawab untuk keluarga dan juga negara. SKR sekali lagi akan ditinggalkan oleh seorang lagi guru iaitu Cikgu Afzan Bt Kuangit@Abdullah. Cikgu Afzan akan bertukar ke zon Benut, kampung halaman beliau bermula sesi persekolahan 2012. Seluruh warga SKR sangat berterima kasih kepada cikgu Afzan atas segala pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan kepada murid-murid SKR sepanjang 8 tahun berkhidmat di SKR. Sekalung penghargaan buat cikgu Afzan yang telah berjaya menaikkan nama sekolah dalam UPSR beberapa tahun kebelakangan ini. Semoga cikgu Afzan akan dirahmati dan dilindungi dan dapat menjalankan tanggungjawab di sekolah baru dengan lebih baik lagi.













Jumaat, November 18, 2011

Majlis Anugerah Cemerlang & Pengumuman Keputusan UPSR 2011

Salam 1 Malaysia...

17 November 2011 telah berlangsungnya Majlis Anugerah Cemerlang khas untuk murid-murid yang telah berjaya dengan cemerlang dalam kelas dan juga berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun baru-baru ini. Aturcara dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Yang Dipertua PIBG SK Rambah En. Zulkarnain B. Hj. Abd. Karim dan Ketua kampung Rambah En. Sanusi Bin Parto. Majlis juga diserikan dengan beberapa persembahan iaitu persembahan Ensemble Muzik oleh murid-murid tahun 6, persembahan nyanyian murid-murid tahun 4 & 5, pakaian beragam oleh murid -murid tahun 1 dan byk lagi. SKR ingin mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya mencapai kecemerlangan untuk tahun 2011. Pada tahun ini 4 orang tokoh telah dipilih sebulat suara oleh panel pemilihan. Tokoh sahsiah telah disandang oleh adik Mohamad Faris Bin Karim, Tokoh Kokurikulum telah disandang oleh Nurain Farahin Mahmud, Tokoh Akademik telah disandang oleh Mustika Safiena Binti Mohd Farid dan Tokoh Murid 2011 disandang oleh Amir Farish Bin Hairul Helmi.








Pada akhir majlis Guru Besar SK Rambah Hjh. Halipah Bt. Mohd Topp juga telah mengumumkan keputusan UPSR 2011. Pada tahun ini 5 orang murid SKR telah mendapat keputusan cemerlang 5A. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya. Bagi yang kurang bernasib baik teruskan usaha untuk lebih cemerlang di masa akan datang. Tahniah juga admin ucapkan kepada guru-guru SK Rambah yang bertungkus lumus untuk mendapatkan yang terbaik untuk murid-murid SKR. Semoga SKR akan terus gemilang dan cemerlang di masa akan datang.


Sabtu, November 12, 2011

Temasya Sukan SK Rambah 2011

Assalamualaikum.w.b.t

Pada tanggal 8 hingga 11 November 2011, telah berlangsungnya temasya Sukan Tahunan SK Rambah 2011. Walaupun ringkas tapi sangat meriah. Aktiviti dimulakan dengan latihan Rumah-Rumah Sukan pada 8 November 2011 di SK Rambah, 9 November berlangsungnya Sukantara, 10 November telah berlangsungnya acara padang seperti Lontar Peluru, Lompat Jauh dan Lompat Tinggi dan pada hari terakhir telah berlangsungnya acara kemuncak iaitu acara balapan yang telah berlangsung di padang Matrikulasi Teknikal Pontian. Tahniah diucapkan kepada pasukan rumah Biru kerana telah berjaya menggondol Johan pada tahun ini...MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...












Khamis, November 10, 2011

Kehilangan yang dikasih...

Assalamualaikum w.b.t

Sekali lagi SK Rambah dilanda kesedihan kerana seorang guru yang sangat berdedikasi akan berpindah ke sekolah lain. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Baharudin Bin Idris. Perpindahan beliau ke SK Permas Kelapa amat dirasai seluruh warga SK Rambah. Namun beliau pergi untuk meneruskan tugas untuk negara dan juga SK Permas Kelapa. Semoga Cikgu Baharudin akan sentiasa dirahmati dan meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa sehingga berjaya. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Cikgu Baharudin atas segala ilmu dan khidmat sepanjang di SK Rambah. Jasa tuan tidak akan kami lupakan....SELAMAT MAJU JAYA